KUALA LUMPUR: Semua pesuruhjaya polis, ketua polis negeri dan pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan memantau perkembangan semasa isu Korea Utara susulan kenyataan Kaunselor Kedutaan negara berkenaan di Malaysia Kim Yu-Song.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini berlaku di negara ini.
“PDRM sentiasa mengambil pendekatan untuk terus berhati-hati kerana banyak kejadian-kejadian (isu keselamatan) yang mengaitkan dengan Korea Utara.
"Tindakan untuk meningkatkan pengawasan, pemantauan di lokasi-lokasi sensitif diteruskan dan digandakan sehingga ke satu masa dan tarikh kita berasa selesa bahawa tidak ada lagi risiko begini,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Abdul Hamid berkata beliau mengharapkan isu sedemikian dapat diselesaikan dengan baik dan sekiranya Kerajaan Korea Utara tidak berpuas hati mereka boleh mengambil langkah-langkah mengikut protokol antarabangsa.
“Sebenarnya apa yang berlaku ini, bukanlah disebabkan kita ingin memusuhi Korea Utara tetapi mereka yang membuat keputusan sendiri untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana marah apabila seorang rakyat negara itu diekstradisi ke Amerika Syarikat,” katanya.
Jumaat lepas, Pyongyang mengumumkan ia menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, apabila pada awal bulan ini mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.
Pada hari sama, Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan besarnya di negara berkenaan yang operasinya sudah digantung sejak 2017.
Kerajaan juga mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan ahli keluarga mereka di Kuala Lumpur supaya meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam pada hari sama.
Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973, serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdagangan hinggalah pada 2017 selepas Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Abdul Hamid berkata pihaknya mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Tiada saman pemandu buat 'u-turn' di LTU Raub - KPN
Tiada tindakan saman dikenakan terhadap pemandu kenderaan melakukan pusingan U serta melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub.
Lelaki Israel miliki enam senjata api dijangka dihadap ke mahkamah minggu ini - KPN
Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel 27 Mac lepas, dijangka dituduh minggu ini.
Isu stoking: KK Super Mart akan dipanggil beri keterangan - KPN
Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dakwaan pesawat terhempas di Klang tiada kotak hitam dirujuk kepada CAAM - KPN
Siasatan berkaitan dakwaan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, tidak dilengkapi kotak hitam dan perakam data penerbangan diserahkan kepada CAAM.
Siri Kedua Road Tour Perpaduan berjaya rancakkan semangat perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyifatkan pengisian aktiviti siri kedua program jelajah Perpaduan berjaya merancakkan sifat keharmonian dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Lebih 21,000 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan - KPN
Sebanyak 21,200 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan ke atas 135,193 kenderaan berat menerusi Op Perdagangan.
Polis siasat tuduhan terhadap Farhash - KPN
PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan melibatkan Farhash yang dituduh menjadi individu bertanggungjawab menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang.
Kes seludup 43 rakyat Malaysia, pertama kali berlaku di Amerika Selatan - KPN
Kesemua mangsa diperdaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan bayaran lumayan.
Keselamatan Muhammad Sanusi dan calon lain PRN terjamin - KPN
Muhammad Sanusi mempunyai pengawal keselamatan sendiri iaitu seorang anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pemimpin itu.