KUALA TERENGGANU: Sedih kehilangan ibu tercinta akibat kanser hati empat tahun lalu masih terasa, kini enam beradik tersebut diuji lagi dengan pemergian ayah tersayang akibat COVID-19 pada 27 Sept lepas.
Tanpa ibu dan ayah tempat bergantung, tanggungjawab itu kini digalas sepenuhnya oleh kakak sulung mereka Cempaka Imam Zulkepeli, 20, dan suami Muhammad Khairul Syafiq Anwar, 26, yang tidak rela berpisah dengan adik-adiknya.
Cempaka Imam berkata beliau berazam mahu menjaga mereka sebaik mungkin, seperti mana amanat terakhir arwah ayah Zulkepeli Ramli, 61.
"Kasih sayang kami mungkin tak sama dengan kasih sayang ibu dan ayah, namun saya dan suami perlu kuatkan semangat untuk membesarkan adik-adik, dan pastikan mereka dapat pendidikan yang terbaik.
"Syukur ramai yang prihatin dengan nasib kami dan sudi menghulur bantuan termasuk dari pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu serta pejabat Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, yang sering menghantar barangan keperluan dapur untuk kami," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Lima adik yang kini berada dalam jagaan Cempaka Imam ialah Kasih Nurani, 17, Sayang Murni, 15, Suci Sufiah, 13, Wali Al-Hadad, 10, dan Waiz Al-Syahid, 8.
Mengimbas semula detik sedih pemergian ayah mereka, Cempaka Imam berkata beliau dan suami ketika itu berada di Marang kerana menjalani tempoh kuarantin, setelah disahkan positif COVID-19.
"Adik-adik hubungi saya pada pukul 2 petang beritahu ayah meninggal dunia di rumah. Suami terus hubungi ambulans dan maklumkan kami sedang dikuarantin. Tidak lama kemudian, pihak hospital maklumkan arwah ayah juga positif COVID-19 dan adik-adik tidak dibenarkan hadir ke upacara pengebumian kerana sudah menjadi kontak rapat.
"Memang terkilan tak dapat menatap wajah arwah ayah buat kali terakhir. Selepas habis tempoh kuarantin, baru kami enam beradik dapat menziarahi pusaranya bagi melepaskan rindu," katanya yang tidak bekerja.
Ditanya bagaimana menampung perbelanjaan seharian, Cempaka Imam berkata mereka kini bergantung penuh kepada suaminya yang bekerja sebagai penghantar minyak masak dengan gaji harian.
YATIM PIATU-BANTUAN 3 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Sementara itu, Pembantu khas kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Azmi Ali yang turut mengunjungi enam beradik yatim piatu itu, berkata pihaknya akan terus memantau keadaan mereka dan memberi bantuan mengikut keperluan semasa.
"Dalam masa terdekat ini, kita bantu persiapan barangan sekolah untuk anak-anak ini memulakan sesi persekolahan pada 8 Nov depan. Saya juga ada berbincang dengan pihak sekolah supaya dua beradik perempuan itu tinggal di asrama, kerana kehidupan dan pelajaran mereka akan lebih teratur.
"Bagi membantu Cempaka Imam pula, kami akan berunding dengan mana-mana jabatan dan agensi berkaitan keusahawanan dengan memberikannya modal serta peralatan memulakan perniagaan kek dan kuih-muih, kerana beliau berminat dan mempunyai kemahiran dalam bidang itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Cempaka Imam Zulkepeli, 20, (tiga, kanan) bersama adik-adiknya serta suami menunjukkan gambar Allahyarham bapa mereka, Zulkepeli Ramli yang meninggal dunia akibat COVID-19 ketika ditemui di Durian Burung hari ini. - Foto BERNAMA
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
COVID-19: Nasib enam beradik yatim piatu dapat perhatian
Sedih kehilangan ibu tercinta akibat kanser hati empat tahun lalu masih terasa, kini enam beradik tersebut diuji lagi dengan pemergian ayah tersayang akibat COVID-19 pada 27 Sept lepas.
Enam beradik rayu permohonan sijil kelahiran diluluskan segera
Enam beradik merayu agar permohonan mereka mendapatkan sijil kelahiran diberi kelulusan segera bagi membolehkan mereka bersekolah tahun ini.