KUALA LUMPUR:Lima kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan negeri Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Melaka dan Terengganu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Sabtu, ia menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 256 kluster, dengan jumlah kumulatif kluster pula adalah sebanyak 581.

Berikut merupakan perincian kluster-kluster terbabit:

Kluster Mikro

- Melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, dan Kota Tinggi di Johor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang.
- Sejumlah 588 individu telah disaring, di mana 97 kes telah dikesan positif.

Kluster Symphony Magazine

- Melibatkan daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang.
- Kes indeks dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021.
- Sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif.

Kluster Pasai

- Melibatkan daerah Sibu dan Mukah di Sarawak.
- Kes indeks dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021.
- Sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif.

Kluster Teknologi Kesidang

- Melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka.
-  Kes indeks dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020.
- Sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif.

Kluster Palut

- Melibatkan daerah Dungun di Terengganu.
- Kes indeks  dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021.
- Sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif.

BACA: COVID-19: 2,451 kes baharu, jumlah kes aktif melebihi 26,000

Sementara, itu Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak enam kluster telah diisytiharkan tamat hari ini.

Kluster-kluster tersebut ialah Kluster Bukit Gemok, Kluster Erima, Kluster Baloi, Kluster Talang-talang, Kluster View Kolombong, dan Kluster Jalan Kilang.