MELAKA: Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis, dipendekkan kepada sehari sahaja.
Pemendekan hari persidangan itu diusulkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali ekoran penularan COVID-19 dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kakitangan dan petugas DUN berkenaan.
Sulaiman berkata usul tersebut dicadangkan berdasarkan Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN 9(3) dan 17(5)(m) selain mengikut saranan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bagi mengelak jangkitan wabak berkenaan.
"Peraturan tersebut menyatakan bahawa walau apapun peruntukan peraturan mesyuarat, DUN boleh dengan undi tertentu mengambil keputusan membincangkan apa-apa urusan khas dengan tidak mengikut susunan lazim dan satu usul bagi pengundian itu hendaklah didahulukan daripada semua urusan yang lain.
"Seterusnya Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN 17(5)(m) menyatakan bahawa usul hendaklah menjalankan dahulu mana-mana urusan yang tertentu dengan tidak mengikut susunan biasa," katanya ketika mencadangkan usul berkenaan.
Sulaiman berkata pada persidangan DUN tersebut tiada sesi pertanyaan lisan dan bertulis serta ucapan penangguhan diadakan ekoran kekangan masa, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada pembentangan Bajet 2022 Negeri Melaka.
Usul itu disokong Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang turut berkata persidangan itu meliputi agenda yang telah disusun mengikut keutamaan bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan negeri semasa pandemik COVID-19 yang masih menular di negeri itu.
Usul tersebut mendapat sokongan 15 ADUN, berkecuali (enam orang) dan tidak hadir (tujuh orang).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Pemendekan hari persidangan itu diusulkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali ekoran penularan COVID-19 dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kakitangan dan petugas DUN berkenaan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka.
Ab Rauf kemuka usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mencadangkan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka.
ADUN Melaka naik gaji bermula Januari 2024
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu bermula Januari tahun depan.
Melaka bentang Bajet 2024 berjumlah RM564.6 juta
Hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM479.6 juta dengan anggaran Hasil Cukai berjumlah RM167.4 juta, Hasil Bukan Cukai (RM298.9 juta) dan Terimaan Bukan Hasil (RM13.3 juta).
Melaka kutip hasil RM298.41 juta tahun ini
Ia membabitkan RM122.56 juta bagi hasil cukai, RM138.72 juta bagi hasil bukan cukai dan RM37.13 juta bagi terimaan bukan hasil.
Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.
DNB sasar liputan 5G capai 89.5 peratus di Melaka menjelang Disember
Fairul Nizam berkata peratusan berkenaan akan meliputi 225 lokasi di seluruh negeri Malaka.
DUN Melaka lulus pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan lompat parti
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti.
Melaka dijangka bentang Rang Undang-Undang Antilompat parti akhir Julai ini
Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berlangsung akhir bulan ini.