SHAH ALAM: Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan oksigen di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang berkurang sehingga lima kali ganda berbanding sebulan lalu.
Perkembangan itu menunjukkan ‘sinar’ bahawa situasi COVID-19 di negara ini semakin baik.
Pengarah PKRC MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim berkata, trend penurunan positif itu berlaku sejak tiga ke empat minggu lalu, dengan jumlah pesakit memerlukan bantuan oksigen hanya 109 orang berbanding 525 orang sebelum ini.
“Rekod yang paling tinggi sebelum ini ialah 525 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen iaitu membabitkan pesakit COVID-19 kategori empat.
“Sekarang jumlah pesakit yang kita ada ialah seramai 2,456 orang, dengan 109 pesakit kategori empat dan 1,930 kategori tiga, manakala warganegara seramai 2,324 orang dan bukan warganegara 132 orang.
“Pada 8 Ogos lalu, kita mempunyai seramai 525 pesakit kategori empat dan 1,789 pesakit kategori tiga. Alhamdulillah, ini menunjukkan keadaan semakin baik dengan pesakit kategori tiga adalah dominan ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.
Jelas Dr Shahabuddin, PKRC berkenaan memang bersiap sedia dengan tangki oksigen dan mesin oxygen concentrator yang banyak bagi pesakit yang kritikal dengan bantuan daripada Jabatan Kesihatan Selangor (JKS) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun, katanya, memandangkan jumlah pesakit memerlukan bantuan mesin itu semakin berkurang dan keadaan sudah agak lega, sejumlah 470 mesin oxygen concentrator diagihkan untuk kegunaan negeri lain seperti Pahang, Johor, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.
“Apa yang boleh saya katakan, petugas kesihatan di sini boleh berasa sedikit lega dengan situasi sekarang.
“Ramai petugas kesihatan dari negeri lain yang datang membantu kita seperti dari Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang sudah kembali ke tempat mereka.
“Kita jangka trend penurunan pesakit dan tahap ini akan berterusan dan keadaan akan kembali lebih baik untuk tempoh dua ke tiga minggu lagi,” ujar beliau.
BACA: HTAR pulangkan semula 80 unit pemekat oksigen kepada PKRC MAEPS
BACA: COVID-19: Kes harian menurun, dua PKRC di Kelantan ditutup
Penurunan positif itu, katanya, membuktikan keberkesanan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Beliau mengharapkan semua pegawai serta kakitangan sentiasa terus bersemangat untuk memerangi pandemik COVID-19.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Aug 29 2021
Dr Shahabuddin berkata, PKRC MAEPS 2.0 sememangnya bersiap sedia dengan tangki oksigen dan mesin oxygen concentrator yang banyak bagi pesakit yang kritikal. - Gambar fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
COVID-19: Pesakit berkurang lima kali ganda - Dr Shahabuddin
Trend penurunan positif itu berlaku sejak tiga ke empat minggu lalu, dengan jumlah pesakit memerlukan bantuan oksigen hanya 109 orang.
COVID-19: Loji pengisian oksiden di PKRC MAEPS pastikan bekalan oksigen stabil
Jika sebelum ini, perjalanan sehala untuk pengisian semula tong oksigen mengambil masa lebih sejam, kini tidak sampai 10 minit.
Katil pesakit COVID-19 kategori 3, 4 ditambah di PKRC MAEPS
Bilangan katil untuk menampung pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat akan ditambah di Dewan A Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 MAEPS.
Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.