BERIKUTAN penularan wabak COVID-19, syarikat pelaburan saham terkenal, Vega Hermosa International terpaksa melaksanakan program Menang Saham Bersama DDNK secara dalam talian, hari ini.

Program tersebut yang berlangsung di Menara PGRM, Cheras sepatutnya menghimpunkan 3,000 peserta Menang Saham.

Menurut Pengurus Wang Bertauliah dan Pakar Saham Global Inter-Pacific Asset Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, seminar tersebut bagaimanapun berjaya dilaksanakan secara dalam talian dengan tontonan lebih 2,600 penonton.

“Kami dengan ini membuat keputusan untuk mematuhi gesaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menangguhkan perhimpunan awam berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius," kata beliau dalam satu kenyataan.

Program tersebut yang berlangsung di Menara PGRM, Cheras dijangka menghimpunkan hampir 3,000 peserta.

Sesi seminar online itu dibuat menerusi Facebook Group DDNK CLUB - Kuasai Saham, Juarai Pasaran, Jaguhi Wang.

Sebelum ini, program Menang Saham Bersama DDNK berjaya menarik ribuan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut Pengurus Wang Bertauliah dan Pakar Saham Global Inter-Pacific Asset Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan bagaimanapun program tersebut berjaya dilaksanakan secara dalam talian dengan tontonan lebih 2,600 penonton.