NILAI kadar kebolehjangkitan di Malaysia kekal selama dua hari berturut-turut.

Pada Jumaat, angka itu kekal pada kadar 0.90 sama seperti hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Tiga negeri mencatatkan kadar purata melebihi 1.00 iaitu Perlis, Putrajaya dan Melaka.

Ini diikuti Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Perak dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Johor, Selangor, Kedah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan dua kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai rnaught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

End//