KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatat trend peningkatan untuk hari kempat berturut-turut.

Pada Jumaat, ia naik kepada 1.13 berbanding 1.11 hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya mencatat kadar tertinggi dengan 1.20.

Ini dikuti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Kedah.

Tujuh lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.0 ke 1.11.

Ia melibatkan Perak, Sabah, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.

Empat negeri mencatat kadar R-naught di bawah 1.0.

Ia terdiri daripada Perlis, Kelantan, Labuan dan Sarawak.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.