KUALA LUMPUR :Negeri Sarawak mencatat satu kes kematian baharu berkaitan kes positif COVID-19.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kes korban COVID-19 ini melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun yang dimasukkan ke Hospital Miri pada 13 Januari lepas.
"Ujian saringan telah dijalankan (pada kes ini) pada 14 Januari dan (keputusannya) didapati positif COVID-19 pada 16 Januari 2021.
"Kes juga mempunyai co-morbid penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan juga Hepatitis A," memetik kenyataan JPBN Sarawak.
Menurut kenyataan itu lagi, sehingga siasatan klinikal lanjut selesai dijalankan, kes ini dikategorikan sebagai kes bukan kematian yang disebabkan jangkitan COVID-19, meskipun mangsa telah didapati positif.
Justeru, jelas JPBN Sarawak, jumlah kes kematian di negeri ini kekal 19 orang atau 0.90 peratus.
Antara lain, tambah kenyataan itu, Sarawak hari ini merekodkan pertambahan 62 kes positif COVID-19 baharu.
Kluster Pasai di Sibu masih menjadi penyumbang utama dengan 34 kes dilaporkan manakala sembilan kes lain adalah hasil saringan di pusat kesihatan daerah itu.
Lain-lain daerah yang turut melibatkan Kluster Pasai, kata JPBN Sarawak ialah Beluru dan Julau masing-masing dengan pertambahan dua kes.
Meradong, Dalat, Bintulu, Kapit dan Belaga pula dengan satu kes bagi setiap daerah.
Memetik laporan itu lagi, daerah Meradong dan Julau di Sarikei kini telah diisytiharkan berstatus kuning.
Sementara itu, JPBN Sarawak turut memaklumkan tatacara sambutan Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Mei di negeri itu.
Tatacara baharu ini boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
"Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perubahan Sarawak (MLGH) telah mengemaskini Garis Panduan (SOP) sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Garis panduan (SOP) ini boleh didapati di laman web MLGH (mlgh.sarawak.gov.my)," jelas JPBN Sarawak.
Nickyson Nyambar
Sun Jan 17 2021
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak juga mengisytiharkan daerah Meradong dan Julau berstatus kuning.- Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.