Satu lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan di negara ini pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 113 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kematian terbaharu itu melibatkan kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertugas di Sabah.
Mangsa disahkan positif dan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 pada pukul 1.30 petang.
“Kes kematian ke-113 (kes ke-6856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah paru-paru peringkat akhir dan darah tinggi. Beliau merupakan kakitangan perubatan di KKM di Sabah, namun telah bercuti sakit sebab barah.
“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah pada 5 Mei 2020 disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot,” katanya dalam sidang media harian di sini, pada Sabtu.
Mengulas mengenai kes kematian tersebut, Dr Noor Hisham berkata KKM masih mengesan sama ada mangsa dijangkiti kes COVID-19 ketika menerima rawatan di rumah atau pelawat yang melawatnya.
"Sebab kematian adalah kanser paru-paru peringkat akhir. Kita masih bincangkan sama ada (punca kematian) harus mengambil kira kes positif (COVID-19) atau sebab kematian (kanser paru-paru)," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 73 kes telah pulih, menjadikan jumlah sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 5,512 kes atau 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Selain itu, katanya terdapat 17 kes baharu positif COVID-19 dikesan di negara ini setakat 12 tengah hari Sabtu.
Daripada jumlah tersebut, enam kes merupakan kes import melibatkan jangkitan luar negara, manakala 11 kes adalah jangkitan tempatan melibatkan bukan warganegara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,247 kes. Seramai 13 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Hasimi Muhamad
Sat May 16 2020
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kematian terbaharu itu melibatkan kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertugas di Sabah.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.