PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat tiga lagi kluster baharu dikenal pasti.

Kluster Baharu 20 Disember.

1. KLUSTER TAPAK BINA METROPOLIS
* Melibatkan daerah Kepong (WP Kuala Lumpur)
* Kes dilapor positif pada 14 Disember melalui saringan tempat kerja
* Seramai 481 individu disaring, 147 dikesan positif

2. KLUSTER ESTATE MAJU
* Melibatkan daerah daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Tuaran (Sabah)
* Kes dilapor positif pada 8 Disember melalui saringan individu bergejala
* 63 disaring, 28 positif

3. KLUSTER BATU 39
* Melibatkan daerah Pontian (Johor)
* Kes dilapor positif pada 18 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja
* 152 disaring, 28 positif