awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UiTM kurangkan yuran konvokesyen norma baharu

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2020
04:45 MYT
COVID-19: UiTM kurangkan yuran konvokesyen norma baharu
Peka dengan situasi semasa, pengurusan tertinggi UiTM membuat keputusan mengurangkan yuran, sebagai antara inisiatif yang diambil bagi membantu graduan.
KUALA LUMPUR:Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil pendekatan mengurangkan yuran konvokesyen sesi ke-92 bagi semua peringkat pengajian sebanyak RM40, susulan pandemik COVID-19.
Yuran yang dikenakan sebelum ini antara RM150 dan RM230 akan dikurangkan kepada antara RM110 dan RM190, menurut Ketua Perhubungan Awam, Media, Protokol dan Pengurusan Acara Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Nora Noordin.
"Jumlah pengurangan yuran tersebut diberikan secara automatik kepada semua peringkat pengajian dari Diploma dan Ijazah, termasuk PhD, bertujuan mengurangkan beban kewangan yang perlu dibayar oleh para graduan.
"Sebelum ini, yuran konvokesyen pada setiap sesi yang dikenakan terhadap para graduan adalah pada kadar antara RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian.
"Kini, para graduan hanya perlu membayar yuran tersebut pada kadar antara RM110 hingga RM190 sahaja," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
UiTM sebelum ini mengumumkan akan memperkenalkan penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu bagi menjaga keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan graduan, ibu bapa serta seluruh warga yang terlibat.
Institusi itu juga menangguhkan majlis penganugerahan diploma dan ijazah dalam norma baharu itu yang dijadual pada 7 Nov, kepada 1 Dis, susulan peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan.
Nora berkata, pengurusan tertinggi UiTM amat peka dengan situasi semasa dan keputusan pengurangan ini merupakan antara pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk membantu para graduan.
Ia juga bagi menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi yang meminta agar pihak universiti prihatin dengan situasi pelajar yang terlibat.
Topic Berkaitan
#MARA
#UiTM
#COVID-19
#pandemik
#konvokesyen
#yuran
#beban kewangan
#graduan
#kesihatan
#pelajar
#keselamatan
#janji temu
#tangguh majlis
#kurangkan yuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan