awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2020
04:07 MYT
UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu
UiTM ambil pendekatan tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November 2020. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil pendekatan menangguhkan Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November 2020.
Tarikh baharu ditetapkan pada 1 Disember 2020. Bagaimanapun, ia juga tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19 dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketua Perhubungan Awam, Media, Protokol dan Pengurusan Acara Jabatan Komunikasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nora Noordin dalam satu kenyataan berkata, janji temu yang telah dibuat oleh para graduan sebelum ini adalah terbatal dan tidak terpakai.
"Graduan diminta mengisi dan mendaftar semula untuk tarikh yang baharu melalui Sistem Janji Temu baharu yang akan dibuka pada 26 Oktober hingga 8 November 2020.
"Sila layari laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/ untuk mendapatkan link tersebut," katanya pada Khamis.
BACA: UiTM beri RM100 secara 'one-off' kepada pelajar terjejas
BACA: UiTM perkenal konvokesyen secara janji temu, ikuti norma baharu
BACA: UiTM tidak halau pelajar, kekeliruan disebabkan salah faham
Menurut Nora, keputusan penangguhan berkenaan dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan semua warga universiti dan para jemputan susulan pandemik COVID-19.
Graduan boleh melayari laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/ untuk mendapatkan maklumat terkini sesi penganugerahan tersebut.
Selain itu, graduan juga boleh menghubungi pegawai di Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen melalui talian 03-55443110 atau 03-55443114.
Pihak UiTM akan terus memantau perkembangan wabak ini serta menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#MARA
#UiTM
#Media
#pelajar
#keselamatan
#pandemik
#Majlis Keselamatan Negara
#ijazah
#diploma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan