SHAH ALAM:Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperkenalkan penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu bagi menjaga keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan (4K) graduan, ibu bapa serta seluruh warga yang terlibat.
Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata langkah alternatif itu dilakukan berikutan pandemik COVID-19 masih berleluasa dengan peningkatan kes yang tidak menentu.
"Menyedari hakikat inilah maka Pengurusan Tertinggi UiTM amat prihatin dan melakukan yang terbaik bagi memenuhi hasrat para graduan untuk mempunyai kenangan bergraduasi dalam suasana kebiasaan baharu.
"Janji temu yang diperkenalkan ini mengambil kira pelbagai aspek berkaitan 4K dengan merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya sesi penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu itu akan dilaksanakan bermula 7 Nov ini sehingga 9 Jan tahun depan dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang namun tertakluk kepada sebarang pindaan.
Beliau berkata sesi penganugerahan itu akan dilakukan di UiTM Shah Alam dan seluruh kampus cawangan, berdasarkan pemilihan kampus terdekat oleh graduan tanpa mengambil kira tempat asal pengajian.
Mohd Azraai berkata melalui penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu itu, graduan masih berpeluang memakai jubah konvokesyen, merakamkan gambar kenangan dan menerima skrol serta transkrip sebagaimana istiadat konvokesyen secara konvensional.
Mengikut soalan lazim bagi penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu itu, sebanyak 22,834 graduan bagi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-92 akan terlibat dalam sesi berkenaan.
Graduan boleh membuat permohonan untuk menerima diploma dan ijazah masing-masing menerusi Sistem Janji Temu Penganugerahan Diploma/Ijazah di laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/.
Proses pelaksanaan penganugerahan itu pula akan mengambil masa antara tujuh hingga 15 minit bagi setiap graduan.
Penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu dalam suasana kebiasaan baharu itu adalah bagi menggantikan Istiadat Konvokesyen UiTM ketika ini yang lazimnya dilaksanakan dua kali setahun.
Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-92 yang dijadualkan bermula 24 Mac lepas ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020

Melalui penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu itu, graduan masih berpeluang memakai jubah konvokesyen, merakamkan gambar kenangan dan menerima skrol serta transkrip sebagaimana istiadat konvokesyen secara konvensional. -Gambar hiasan

Vaksin Pfizer | Pengasas Pfizer-BioNTech terima Darjah Kebesaran oleh Jerman
Pengasas syarikat farmaseutikal, Pfizer-Biontech Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci akan dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman. Pejabat Presiden memaklumkan pasangan itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan negara itu.

Malaysia Prihatin: Walaupun diuji pandemik, kerajaan utamakan rakyat
Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diuji ketika seluruh dunia termasuk Malaysia berhadapan pandemik COVID-19. Namun pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu untuk membantu setiap lapisan masyarakat dan memulihkan ekonomi ternyata memberi impak positif.

Malaysia-AS | Brian Mcfeeters duta baharu AS ke Malaysia
Bekas Kaunselor Politik Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia Brian Mcfeeters kini dilantik menjadi duta, menggantikan Kamala Shirin Lakhdhir. Dalam kenyataan media hari ini, kedutaan Amerika memaklumkan, Mcfeeters pernah berkhidmat di negara ini selama tiga tahun, iaitu antara 2009 hingga 2011.

Climate action in your area! Blackpink dilantik duta isu perubahan iklim PBB
Blackpink menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri Britain Boris Johnson yang menjemput mereka sebagai duta di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB Ke-26.

AWANI Ringkas: Sebar berita palsu berkait vaksin, tindakan tegas dikenakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

27 Februari Hari NGO Sedunia

Vaksin Sinovac diberikan kepada setiap peringkat umur
China mempunyai alasan mengapa tidak menggunakan vaksin sinovac atau mana-mana vaksi buatanya kepada individu berusi 60 tahun ke atas pada peringkat awal.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.

Wanita antara lima juruterbang 'terbangkan' vaksin Sinovac ke Malaysia
Nur Waie Hidayah diberi peranan mengendalikan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbangan dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kejayaan hasil vaksin COVID-19, pasangan saintis dianugerah darjah tertinggi Jerman
Sahin dan Tureci dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Ksatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.

Parlimen institusi terbaik laksana semak imbang
Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen masih boleh melakukan semak dan imbang walaupun Parlimen tidak bersidang.

Pembedahan jantung: Penyumberluaran mampu singkatkan tempoh menunggu
UiTM Private Specialist Hospital dipilih sebagai salah sebuah hospital swasta untuk penyumberluaran (outsourcing) pesakit yang memerlukan pembedahan jantung khasnya daripada Hospital Serdang.

11 pasukan hantar permohonan lesen AFC musim 2022
MFL mengesahkan 11 pasukan Liga Malaysia telah menghantar pengesahan permohonan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi musim 2022.

Data penglibatan mahasiswa dengan perkhidmatan 'sugar baby' meragukan - KPT
Terdapat banyak keraguan terhadap data yang dikemukakan dalam pendedahan penglibatan pelajar universiti dengan kegiatan itu.

Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT
Dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar semester akhir program CAT.

UiTM lanjut pengecualian sewa premis niaga di seluruh negara selama enam bulan lagi
Lanjutan tempoh pengecualian sewaan itu adalah sebahagian daripada inisiatif UiTM Prihatin, dan ia dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti.

UiTM universiti pertama miliki, kendali dua stesen janakuasa solar berskala besar
UiTM kini berupaya menjana tenaga hijau dengan kapasiti 75MWac (92.58 MWp), setaraf dengan universiti-universiti terkemuka dunia.

150 sukarelawan, penuntut UiTM jayakan inisiatif 'digital volunteering'
Menghimpunkan 150 sukarelawan dari kalangan penuntut FKPM, Kokorikulum UiTM dan Suspended Meal mereka berjaya mengumpul dana berjumlah RM35,044 untuk disalurkan kepada lebih 550 penerima.

UiTM meterai MoU dengan tiga syarikat, buka peluang untuk pelajar berniaga
MoU itu merupakan kesinambungan Pelan Strategik UiTM 2025 bagi membuka peluang kepada pelajar menceburi bidang keusahawanan.

Warisan mampu jadi blok pembangkang efektif
Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mampu menjadi sebuah blok pembangkang yang efektif di Sabah.