awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 11 kes import libat warganegara stabil - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
11/06/2020
22:30 MYT
COVID-19: 11 kes import libat warganegara stabil - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, empat kes masing-masing di Hospital Tumpat dan Hospital Sungai Buloh. - Bernama
Sejumlah 11 kes import dilaporkan hari ini membabitkan warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital di beberapa negeri.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu perkongsian di Facebook rasmi beliau berkata daripada jumlah itu, empat kes masing-masing di Hospital Tumpat, Kelantan dan Hospital Sungai Buloh, Selangor manakala di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak dan Hospital Melaka, masing-masing satu kes.
"Kesemua telah disaring untuk sampel kedua pada 9 Jun dan dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambung tempoh kuarantin di rumah memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa mulai 10 Jun.
"Setelah keputusan sampel didapati positif COVID-19, mereka telah dimasukkan ke dalam wad di hospital.
"Kesemua mereka tidak bergejala dan stabil. Kes-kes ini dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian," katanya.
Sumber Facebook DGHisham
Mengikut garis panduan WHO, kes disahkan COVID-19 dan tidak bergejala lebih dari 10 hari adalah tidak mempunyai risiko transmisi kepada orang lain dari tarikh disahkan positif.
Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan semasa sidang media harian COVID-19, jumlah kes baharu positif hari ini kembali meningkat kepada dua angka dengan 31 kes baharu, melibatkan 11 kes import dan 20 kes penularan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#kesihatan
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#rumah
#tidak bergejala
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan