awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 11,332 kes baharu hari ini, 97.8 peratus dalam kategori satu dan dua

Firdaus Azil
Firdaus Azil
28/09/2021
07:26 MYT
COVID-19: 11,332 kes baharu hari ini, 97.8 peratus dalam kategori satu dan dua
Sarawak terus mencatat kes tertinggi dengan 2,358 kes diikuti Johor (1,319), Selangor (1,231), Kelantan (1,088), Sabah (965), Pulau Pinang (895) dan Kedah (819). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Angka jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia negara menyaksikan peningkatan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 11,332 kes baharu dilaporkan berbanding semalam 10,959 jangkitan.
Mengikut perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosialnya, penambahan angka jangkitan baharu itu menjadikan kes kumulatif COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 2,220,526.
Sementara itu, Sarawak terus mencatat kes tertinggi dengan 2,358 kes diikuti Johor (1,319 kes), Selangor (1,231 kes), Kelantan (1,088 kes), Sabah (965 kes), Pulau Pinang (895 kes) dan Kedah (819 kes).
Negeri-negeri yang merekodkan lebih 200 kes baharu COVID-19 pula ialah Perak (678 kes), Pahang (677 kes), Melaka (303 kes) dan Kuala Lumpur (240 kes).
Sementara negeri yang mencaat kes di bawah 100 ialah Putrajaya (19 kes), Perlis (19 kes) dan Labuan (3 kes).
Menurut Dr Noor Hisham, daripada keseluruhan kes baharu hari ini, hanya 247 kes (2.2 peratus) dalam kategori tiga, empat dan lima manakala 97.8 peratus lagi dalam kategori satu dan dua.
Manakala, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, jelas beliau, ialah sebanyak 986 kes dengan 848 daripadanya merupakan jangkitan wabak COVID-19, manakala selebihnya ialah suspected, probable dan kes dalam siasatan.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, jumlah pesakit memerlukan bantuan pernafasan pula adalah seramai 574 orang dengan 369 daripadanya disebabkan COVID-19, manakala selebihnya masih dalam siasatan.
Sementara itu, jumlah pesakit yang sembuh kekal melebihi kes baharu iaitu sebanyak 14,160 manakala jumlah kematian baharu yabg direkodkan pula sebanyak 258.
Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 15 lagi kluster baharu dicatat, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 1,151.
Topic Berkaitan
#kes harian COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan