awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,219 kes positif baharu, Selangor paling tinggi

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
17/03/2021
09:09 MYT
COVID-19: 1,219 kes positif baharu, Selangor paling tinggi
Selangor memegang rekod negeri tertinggi dengan 499 jangkitan kes, diikuti Sarawak (225 kes), Johor (169 kes), Pulau Pinang (69 kes) dan Kuala Lumpur (54 kes). - Bernama
KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan dalam laporan hari ini iaitu sejumlah 1,219 kes baharu, berbanding 1,063 kes pada 24 jam sebelumnya yang diharapkan menurun ke tiga angka.
Pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini adalah 327,523 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor memegang rekod negeri tertinggi dengan 499 kes jangkitan, diikuti Sarawak (225 kes), Johor (169 kes), Pulau Pinang (69 kes) dan Kuala Lumpur (54 kes).
Bagaimanapun, terdapat beberapa negeri mencatatkan kes satu angka dengan Putrajaya hanya lima kes, Pahang (tiga kes) dan masing-masing satu kes di Labuan dan Perlis.
Dalam pada itu, angka kematian hari ini merupakan rekod yang terendah untuk tahun 2021 selepas hanya dua kematian disahkan, menjadikan angka korban bertambah kepada 1,220.
Juga dilaporkan, kes sembuh dalam negara kini meningkat kepada 1,346 sekali gus menjadikan jumlah kes sembuh bertambah 310,958.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Pahang
#Perlis
#Selangor
#COVID-19
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan