KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan iaitu kepada 1,280 kes pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 316,269  kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat sebanyak dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 18,704 kes.

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 464 kes, diikuti Johor (165) dan Sarawak (163).

Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak sembilan kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,186 kes.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak  2,345 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak  296,379 kes.

Setakat ini, 155 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 76 orang memerlukan bantuan pernafasan.