awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 146 kes baharu, Sarawak terus catat kes harian tiga angka

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
12/01/2021
10:08 MYT
COVID-19: 146 kes baharu, Sarawak terus catat kes harian tiga angka
Selain itu, satu kluster baharu iaitu Kluster Bukit Sekubong melibatkan daerah Sebauh di Bintulu juga dilaporkan. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 146 kes positif COVID-19 pada Selasa.
Pertambahan kes tiga angka untuk dua hari berturut-turut ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan negeri itu meningkat kepada 1,574 kes.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Sibu kekal melaporkan kes harian tertinggi dengan 92 kes diikuti Sebauh (20), Kanowit (12), Miri (11), Beluru dan Kuching (3), Dalat (2) manakala satu kes masing-masing di Saratok, Bintulu dan Limbang.
“Hari ini, daerah Sebauh telah bertukar dari status kuning ke jingga apabila merekodkan 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Manakala daerah Limbang kini berstatus kuning selepas melaporkan satu kes positifdi daerah tersebut,” kata kenyataan itu.
Selain itu, satu kluster baharu iaitu Kluster Bukit Sekubong melibatkan daerah Sebauh di Bintulu juga dilaporkan.
Kes indeks kluster ini merupakan kes 1258 yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Sebauh pada 8 Januari lalu.
“Setakat jam 12:00 tengah hari 12 Januari 2021, 32 individu telah disaring dan 21 daripadanya disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks.
“Tiga individu disahkan negatif dan lapan individu lagi masih menunggu keputusan,” tambahnya.
Pertambahan kluster ini menjadikan Sarawak mencatatkan tujuh kluster aktif termasuk Kluster Jelita, Kluster Pasai, Kluster Keranji Tabuan, Kluster Bah Sayap, Kluster Stutong dan Kluster Mador.
Topic Berkaitan
#kes COVID-19 Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#Kluster baharu di Sarawak
#kes baru di Sarawak
#COVID-19
#JPBN Sarawak
#Sarawak angka tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan