PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,555 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

COVID-19 juga terus meragut nyawa dengan enam kematian baharu dilaporkan,

Daripada 1,555 jangkitan baharu itu, tiga daripadanya merupakan kes import yang dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhan, jumlah keseluruhan jangkitan pandemik dalam negara sudah mencecah angka 304,135 kes.

Pertambahan enam korban baharu dalam negara menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,141.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula sebanyak 24,563 kes,” kata beliau dalam sidang media pada Selasa.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, Selangor melaporkan negeri dengan pertambahan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 672 kes diikuti Johor 163) dan Sarawak (159).

Menurut Dr Noor Hisham juga, sehingga kini, sebanyak 204 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 96 memerlukan bantuan pernafasan.

Pada hari ini juga, jumlah kes sembuh merekodkan peningkatan 2,528 kes menjadikan keseluruhan pesakit yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 278,431 orang.

[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes COVID-19 - 02 Mac 2021