awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terengganu kembali banjir, 369 mangsa dipindahkan di tiga daerah
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 15,759 lagi kes disahkan, 98.2 peratus libatkan kes kategori 1 dan 2

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
21/09/2021
07:57 MYT
COVID-19: 15,759 lagi kes disahkan, 98.2 peratus libatkan kes kategori 1 dan 2
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu membawa jumlah kumulatif kes kepada angka 2,127,934. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari kes menunjukkan trend penurunan, hari ini kes positif COVID-19 mencatatkan sedikit peningkatan dengan pertambahan 15,759 kes baharu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu membawa jumlah kumulatif kes kepada angka 2,127,934.
Negeri dengan kes tertinggi masih lagi Sarawak iaitu pertambahan 3,732 kes, diikuti Johor 1,959 kes, Selangor dengan 1,934 kes, Pulau Pinang dengan 1,417 kes dan Kelantan 1,338 kes baharu.
Sehingga 21 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,759 kes (2,127,934 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,934 (661,608) Sabah - 1,291 (188,123) Sarawak - 3,732 (187,131) WPKL - 359 (183,530) Johor - 1,959 (182,338) Kedah - 786 (127,544)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 21, 2021
Pulau Pinang - 1,417 (121,373) Kelantan - 1,338 (104,757) Negeri Sembilan - 127 (95,883) Perak - 1,184 (93,354) Pahang - 707 (58,403) Melaka - 264 (55,420) Terengganu - 592 (49,336) WP Labuan - 12 (9,934) WP Putrajaya - 34 (5,926) Perlis - 23 (3,274)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 21, 2021
Jelas Dr Noor Hisham, daripada keseluruhan kes harian, 98.2 peratus atau 15,471 kes adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala, 288 kes (1.8 peratus) lagi adalah kategori 3, 4, dan 5.
Dalam pada itu, seramai 16,650 lagi pesakit dilaporkan pulih daripada COVID-19 dengan menjadikan angka keseluruhan kepada 1,897,386.
Ketika ini, 1,117 pesakit sedang dirawat unit rawatan rapi (ICU) dengan 635 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Turut dilaporkan, seramai 16,650 lagi pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.
Kementerian Kesihatan turut melaporkan 23 lagi kluster baharu dengan majoritinya dicatatkan di Kelantan dan ini membawa jumlah kluster aktif kini sebanyak 1,315.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#trend penurunan
#kes positif
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan