awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
Wanita ludah, agresif terhadap polis direman dua hari
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,741 kes baharu, tujuh kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/01/2021
10:37 MYT
COVID-19: 1,741 kes baharu, tujuh kematian
Tujuh kes kematian baharu direkodkan pada 4 Januari menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
PUTRAJAYA:Malaysia telah merekodkan 1,741 kes baharu bagi penularan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 120,818 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu terdapat lapan kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi kes 22,089,” katanya ketika sidang media pada Isnin.
Bagi penularan mengikut negeri, Selangor hari ini mencatatkan kes tertinggi COVID-19 dengan dengan pertambahan sebanyak 687 kes diikuti Sabah, 303 kes dan Johor sebanyak 295 kes.
Bagi kes kematian baharu, terdapat pertambahan tujuh kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 501 individu menurut Dr Noor Hisham.
Setakat ini, terdapat sebanyak 122 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh akibat COVID-19 mencatatkan pertambahan sebanyak 1,010 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 98,228 kes.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#koronavirus
#COVID-19
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan