awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 17,476 kes baharu direkodkan pada Jumaat

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
02/04/2022
02:15 MYT
COVID-19: 17,476 kes baharu direkodkan pada Jumaat
Jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 4.219 juta kes. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 17,476 kes baharu COVID-19 pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, 17,312 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 164 kes adalah kes import.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbarnya pada Sabtu, 17,365 kes (99.37 peratus) adalah Kategori 1 dan 2 manakala 111 kes (0.63 peratus) adalah kategori 3,4 dan 5.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 4.219 juta kes.
Sebanyak 263 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 162 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 17,321 kes.
Semalam juga, enam lagi kluster baharu direkodkan, dengan 194 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.87, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.07.
Kenyataan Akhbar KPK 2 April 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) https://t.co/ypjBaYy2m7
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 2, 2022
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan