awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 318 dikuarantin di tiga bahagian selepas pulang ke Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2020
21:27 MYT
COVID-19: 318 dikuarantin di tiga bahagian selepas pulang ke Sarawak
Abdul Karim maklumkan 318 rakyat Sarawak yang baru pulang ke negeri itu dikuarantin sebagai Individu Dalam Pengawasan (PUS). - Foto BERNAMA
Sejumlah 318 rakyat Sarawak yang baru pulang dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan kini dikuarantin di tiga bahagian iaitu Kuching, Miri dan Limbang.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan daripada jumlah itu, 173 ditempatkan di dua hotel di Kuching, 132 di tiga hotel di Miri, manakala 13 di sebuah hotel di Limbang.
"Mereka ini dikuarantin sebagai Individu Dalam Pemantauan (PUS)," katanya dalam sidang media harian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini, pada Rabu.
Mengulas mengenai keadaan keselamatan di Sarawak Abdul Karim memaklumkan ia kini berada di dalam keadaan terkawal dengan kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada pada tahap 96.5 peratus.
Manakala agensi-agensi yang terlibat dengan operasi PKP terus melaksanakan kawalan dan pemantauan di Sarawak serta melakukan operasi nyahcemar COVID-19.
Sarawak pada Rabu mencatatkan 18 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini 306 kes.
Daripada jumlah itu, 14 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak, tiga kes di Hospital Sibu dan satu kes di Hospital Miri.
Manakala kes baharu individu di bawah siasatan (PUI) adalah sebanyak 67 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,864 kes.
BACA: Sarawak catat 18 kes positif baharu COVID-19 hari ini
Topic Berkaitan
#Abdul Karim
#COVID-19
#Hospital
#hotel
#koronavirus
#kuarantin
#Kuching
#Malaysia
#Miri
#Sarawak
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan