awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 32,800 kes baharu, 76 lagi kematian dilaporkan

Eton Khir
Eton Khir
12/03/2022
02:44 MYT
COVID-19: 32,800 kes baharu, 76 lagi kematian dilaporkan
Sebanyak 32,800 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 3,774,786.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 32,800 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 3,774,786.
Berdasarkan data laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 541 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 32,617 kes (99.44%) adalah kategori satu dan dua manakala 183 kes (0.56%) adalah kategori 3, 4 dan 5.
“Kesemua kes baharu yang dilaporkan semalam direkodkan di Selangor (9,120), Kuala Lumpur (3,349), Pulau Pinang (2,750), Johor (2,566), Kedah (2,508), Pahang (2,006), Negeri Sembilan (1,973), Sarawak (1,745) dan Kelantan (1,580).
“Diikuti Perak (1,494), Sabah (1,176), Terengganu (1,100), Melaka (838), Perlis (251), Putrajaya (231) dan Labuan (113),” katanya dalam kenyataan yang dikongsi dalam perkongsian terbaharu di Twitternya pada Sabtu.
Dalam pada itu, sebanyak 76 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,643 kes manakala sebanyak sebanyak 21 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,869 kes.
Sementara itu, terdapat 8,858 kes di hospital, dengan 380 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan, manakala 231 kes dengan bantuan pernafasan.
Kenyataan Akhbar KPK 12 Mac 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) https://t.co/EQGT1sCTyt
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 12, 2022
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#jangkitan
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan