awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 36 kes positif baharu dilaporkan di Kluster Pedas

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2020
09:48 MYT
COVID-19: 36 kes positif baharu dilaporkan di Kluster Pedas
Dr Noor Hisham berkata, kes kluster berkenaan melibatkan 14 warga Malaysia dan 242 bukan warganegara. - Gambar fail
Sejumlah 36 kes positif baharu dilaporkan di Kluster Pedas, Negeri Sembilan pada Rabu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 256 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kluster berkenaan melibatkan 14 kes dalam kalangan warga Malaysia dan 242 kes bukan warganegara.
"Ia melibatkan 136 kes warga Nepal, 55 kes warga Bangladesh, 26 kes warga Myanmar, 21 kes warga Indonesia, 3 kes warga India dan satu kes warga Vietnam," katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.
Kes positif baharu itu dikesan hasil daripada saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.
BACA: Kenapa masih wujud kes baharu COVID-19? Ini lima fokus utama sidang media harian KKM
"Mereka masih diasingkan di pusat kuarantin, justeru tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat," ujarnya.
Sementara itu, setakat ini, kes positif COVID-19 di empat Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Sepang, Bukit Jalil, Semenyih, dan Putrajaya merekodkan sejumlah 466 kes daripada 4,908 sampel yang diambil.
Manakala, 1,175 kes menunggu keputusan, dan 3,267 negatif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Imigresen
#Indonesia
#kesihatan
#Malaysia
#Media
#Negeri Sembilan
#Noor Hisham Abdullah
#Semenyih
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan