awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 51.2 peratus populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

Bernama
Bernama
01/02/2022
02:12 MYT
COVID-19: 51.2 peratus populasi dewasa terima suntikan dos penggalak
Semalam, sejumlah 95,857 dos vaksin telah diberikan melibatkan 995 dos pertama, 1,537 sebagai dos kedua dan 93,365 dos penggalak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,988,626 individu dewasa atau 51.2 peratus daripada populasi kumpulan di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,925,149 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,052 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17, sejumlah 2,788,610 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,859 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Semalam, sejumlah 95,857 dos vaksin telah diberikan melibatkan 995 dos pertama, 1,537 sebagai dos kedua dan 93,365 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,567,717 dos.
Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam, dengan tiga masing-masing di Johor dan Kelantan, dua di Sabah dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#populasi dewasa
#populasi remaja
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan