Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 5,516 kes baharu dalam tempoh 24 jam

41634647844_NoorHisham.jpg
KUALA LUMPUR: Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu adalah sebanyak 5,516 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini kepada 2,407,382 kes.

Jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam dengan 5,745 kes dilaporkan pada Selasa.

Sementara itu, data COVIDNOW setakat Selasa merekodkan pertambahan 69 lagi kes kematian dengan angka kumulatif kini sebanyak 28,062 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes Brought In Dead (BID).

Setakat ini, 669 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 333 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 9,401 kes dengan jumlah kumulatif kini 2,297, 289 kes bersamaan 95.4 peratus. 

Perkembangan vaksin COVID-19, sejumlah  23 052,952  individu telah lengkap dua dos dan kadar vaksinasi populasi dewasa ketika ini 94 peratus.

Sementara itu sebahagian besar kes dilaporkan hari ini masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.2  peratus atau 5,414 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.

Selebihnya pula, merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus atau bersamaan 102 kes.

Dalam pada itu, 4 kluster baharu dikesan dengan 614 kluster masih lagi aktif sementara 5,085 kluster telah tamat.


Advertisement

Must Watch Video