KUALA LUMPUR:Sebanyak 589 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,129 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 453 kes merupakan penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia sementara 133 lagi bukan warganegara.

Tiga lagi jangkitan merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara, melibatkan dua warganegara Indonesia dan satu kes dari Ukraine.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,945 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya dalam sidang media mengenai COVID-19 pada Khamis.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 409 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 12,014 kes (66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Berdasarkan pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes (51.6 peratus).

Secara keseluruhan, sebanyak 91 kes (15.4 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai.

"Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara. Negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 27.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 150 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sembilan kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya satu kes," ujarnya lagi. 

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan COVID-19.

Justeru,jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 170 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes kematian ke-168 adalah merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 54, tahun dan mempunyai sejarah Penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kelenjar tiroid.
(Hospital Queen Elizabeth). 

Kes kematian ke-169 adalah merupakan seorang lelaki bukan warganegara berusia 68 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis . (Hospital Tawau)
 
Kes kematian ke-170 adalah merupakan seorang lelaki bukan warganegara berusia 100 tahun (Hospital
Duchess of Kent). 
 
Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 304 kes
o 165 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Olive; dan
o 101 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 150 kes
o 125 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Sembilan kes saringan individu bergejala termasuk empat kes
mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah; dan
o Tiga kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 52 kes
o 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o Dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Pengkalan.

Kedah: 31 kes
o 28 kes daripada Kluster Tembok; dan
o Tiga kes saringan individu bergejala.

Pulau Pinang: 16 kes
o 15 kes daripada kluster- kluster sedia ada; dan
o Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

Negeri Sembilan: 11 kes
o Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID19; dan
o Satu (1) kes daripada Kluster Bah Kasturi; dan
o Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:Sembilan kes
o Empat kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Dua  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Enam kes
o Tiga kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
o Dua kes daripada Kluster baharu iaitu Kluster Saguking; dan
o Satu  kes daripada Kluster Bah Bundle.

Sarawak: Dua kes
o Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Melaka: Dua kes
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o Satu kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

Kelantan: Dua kes daripada saringan sign on kapal.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Pasir.
 

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)