awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 6,493 jangkitan baharu, 50 kematian, Selangor tertinggi dengan 2,163 kes

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/05/2021
07:11 MYT
COVID-19: 6,493 jangkitan baharu, 50 kematian, Selangor tertinggi dengan 2,163 kes
Keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan dalam negara kini ialah 498,795, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Sebanyak 6,493 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 498,795.
Sementara itu, COVID-19 juga meragut 50 nyawa dalam tempoh yang sama sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 2,149 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berdasarkan angka terbaharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia itu, negeri Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,163 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (612 kes).
Berikut merupakan pecahan kes harian mengikut negeri:
Selangor - 2,163 Sabah - 144 Johor - 406 WP KL - 641 Sarawak - 612 Pulau Pinang - 302 Negeri Sembilan - 370 Kelantan - 467 Perak - 382 Kedah - 434 Melaka - 165 Pahang - 161 Terengganu - 139 WP Labuan -84 WP Putrajaya -20 Perlis - 3
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi 52,106 kes,” katanya pada satu kenyataan pada Jumaat.
Setakat in sebanyak 643 kes sedang dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) manakala daripada jumlah itu, 363 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Keseluruhan kes sembuh kini telah menjadi sebanyak 444,540 dengan pertambahan sebanyak 4,508 pesakit yang pulih hari ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#koronavirus
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#kes kematian
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan