awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 68 lagi kematian direkod, 12 BID

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2021
23:37 MYT
COVID-19: 68 lagi kematian direkod, 12 BID
Menurut data KKM, 12 daripada 68 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 68 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan keseluruhan kematian disebabkan wabak itu berjumlah 29,837, daripada 2,557,516 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 68 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 66,793 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 52,235 individu atau 78.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,242 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,780 kes dirawat di hospital dan 536 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 285 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 251 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#brought-in-dead
#jangkitan
#kes positif
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan