awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 69 lagi kematian direkod, 11 BID

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/10/2021
21:21 MYT
COVID-19: 69 lagi kematian direkod, 11 BID
Jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,062 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,396,761 kes positif. -Gambar fail/Bernama
ANGKA harian kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini terus kekal di bawah 100 apabila 69 kes direkodkan semalam.
Data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW menunjukkan daripada jumlah itu, 11 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 mencecah 28,062 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,396,761 kes positif di Malaysia.
Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,666, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan korban akibat COVID-19.
Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan sejak awal September lalu.
Terdapat 676 kes aktif di ICU seluruh negara ketika ini, berbanding lebih 1,500 pada hujung Ogos lalu.
Ketika ini, kadar penggunaan ICU di hospital kerajaan seluruh negara ialah 61.7 peratus, namun dua negeri masih merekodkan kadar melebihi 70 peratus iaitu Perak (73.5 peratus) dan Sarawak (83.9 peratus).
Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan turut mencatat penurunan sejak dua bulan lalu, dengan mencatat 330 kes setakat semalam berbanding lebih 900 kes pada awal Ogos lalu.
Pada masa sama, kadar penggunaan katil hospital bagi kes COVID-19 di seluruh negara ialah 66.1 peratus dengan kesemua negeri merekodkan di bawah 80 peratus.
Topic Berkaitan
#bid
#COVID-19
#kematian
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan