awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 79 peratus daripada 191 kematian ibu hamil tidak terima vaksin - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
21/02/2022
04:50 MYT
COVID-19: 79 peratus daripada 191 kematian ibu hamil tidak terima vaksin - Dr Noor Hisham
Kesemua kematian dalam kalangan ibu hamil yang dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, turut melibatkan 83 peratus daripada mereka yang mempunyai komorbiditi.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 79 peratus daripada 191 kes kematian akibat komplikasi jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil pada tahun lepas, terdiri daripada mereka yang tidak menerima suntikan vaksin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua kematian dalam kalangan ibu hamil yang dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, turut melibatkan 83 peratus daripada mereka yang mempunyai komorbiditi.
Namun menurutnya, bagi tahun ini sehingga 15 Feb, tiada kes kematian melibatkan ibu hamil disebabkan oleh jangkitan COVID-19 dilaporkan.
"Liputan vaksin yang tinggi iaitu 94.7 peratus pada umur 18 tahun ke atas telah tercapai pada Oktober 2021 dan ini menyumbang kepada penurunan kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.
Beliau berkata sejumlah 18,277 kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil dilaporkan dari Mac 2020 sehingga Januari tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ibu hamil
#tidak vaksin
#komorbiditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan