awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 8,507 masuk ke Langkawi, 10 dikesan positif semasa saringan pra-ketibaan

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2021
11:20 MYT
COVID-19: 8,507 masuk ke Langkawi, 10 dikesan positif semasa saringan pra-ketibaan
Sebanyak 10 kes positif COVID-19 dikesan dengan lima lagi merupakan kontak rapat yang diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sejumlah 8,492 pengembara direkodkan masuk ke Pulau Langkawi sehingga 12 tengah hari Sabtu sejak Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 8,507 pengembara yang disaring sebelum dibenarkan masuk ke pulau peranginan itu.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, 10 kes positif COVID-19 dikesan dengan lima lagi merupakan kontak rapat yang diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah.
"Pada 18 September 2021 iaitu sehingga jam 12 tengah hari, seramai 2,507 individu telah disaring melalui Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.
"Daripada jumlah tersebut, seramai 2,326 individu telah menjalani saringan di lapangan terbang manakala 181 lagi individu telah disaring di Jeti Kuala Perlis.
"Bagi jenis ujian yang dijalankan pula, seramai 2,481 individu telah menjalani ujian COVID-19 iaitu 2,468 RTK-Ag dan 13 RT-PCR. Manakala 26 individu lagi adalah kanak-kanak berumur enam tahun dan ke bawah yang dikecualikan menjalani ujian COVID-19.
"Hasil daripada saringan ini, satu individu positif COVID-19 telah dikenal pasti melalui ujian RTK-Ag di KLIA2," memetik kenyataan yang dikeluarkan beliau hari ini.
Justeru, Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling termasuk mengamalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal serta mencuci tangan dengan kerap.
"Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19.
"Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Langkawi
#COVID-19
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan