awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 9,180 kes baharu, tertinggi sejak pandemik

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/07/2021
07:42 MYT
COVID-19: 9,180 kes baharu, tertinggi sejak pandemik
Kes COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila 9,180 kes baharu lagi dilaporkan hari ini, tertinggi sejak negara dilanda pandemik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila 9,180 kes baharu dilaporkan hari ini, tertinggi sejak negara dilanda pandemik.
Angka itu sekali gus menjadikan kes keseluruhan kini 817,838 kes.
Pecahan kes baharu #COVID19, 9 Julai 2021. pic.twitter.com/FHD07OgZCP
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 9, 2021
Jumlah tertinggi kes baharu pernah dilaporkan sebelum ini adalah pada 29 Mei lalu iaitu sebanyak 9,020 kes sementara kematian tertinggi direkodkan pada 8 Julai lalu iaitu melibatkan 135 individu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,271); Negeri Sembilan (899) dan Sarawak (406).
Menurutnya, 77 lagi korban baharu atau 0.73 peratus daripada keseluruhan kes, dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian mencecah 5,980 kes.
"Setakat pukul 12 tengah hari pula, 5,713 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 731,193 kes atau 89.41 peratus," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Tambah Noor Hisham lagi, 959 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 465 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Status Terkini #COVID19, 9 Julai 2021 Kes sembuh= 5,713 Jumlah kes sembuh= 731,193 Kes baharu positif= 9,180 (7 import) Jumlah positif= 817,838 Kes kematian= 77 Jumlah kes kematian= 5,980 Kes dirawat di ICU= 959 Bantuan alat pernafasan= 465 pic.twitter.com/aJV7DsoXio
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 9, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#pandemik
#kes baharu tertinggi
#Malaysia
#Selangor
#Kuala Lumpur
#Negeri Sembilan
#kematian tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan