awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 935 kes baharu, tiga lagi kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/11/2020
10:26 MYT
COVID-19: 935 kes baharu, tiga lagi kematian
Sabah kembali catat negeri tertinggi penularan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 326 kes menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Malaysia merekodkan sebanyak 935 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Malaysia sebanyak 60,752 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat empat kes import yang menerima jangkitan dari luar negara
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 11,348 kes,” katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.
Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian baharu turut mencatat pertambahan sebanyak tiga kes menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia kini sebanyak 348 kes.
Setakat ini, sebanyak 110 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 45 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, Sabah kembali merekodkan jumlah kes penularan tertinggi mengikut negeri dengan pertambahan sebanyak 326 kes, diikuti Selangor 161 kes, dan Negeri Sembilan 158 kes.
Jumlah kes sembuh akibat COVID-19 terus catat pertambahan 2,555 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 49,056 kes.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#unit rawatan rapi
#COVID-19
#kesihatan
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan