awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 95.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/11/2021
02:47 MYT
COVID-19: 95.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Seramai 22,378,822 individu atau 95.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Isnin.
SERAMAI 22,378,822 individu atau 95.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Isnin.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.7 peratus atau 22,878,462 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Sementara itu, seramai 24,508,552 individu atau 75 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Kira-kira 78 peratus atau 25,494,783 daripada populasi keseluruhan pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,129,730 individu atau 67.7 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,616,321 individu atau 83.2 peratus mendapat satu dos.
Bagi Kemajuan Program Imunisasi mengikut Negeri, hanya Kelantan dan Sabah mencatatkan kadar vaksinasi di bawah 80 peratus dengan masing-masing merekodkan 79.2 peratus dan 73.3 peratus.
Terdapat pertambahan 108,031 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50,184,201 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan