awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 97.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - KKM

Bernama
Bernama
16/12/2021
01:59 MYT
COVID-19: 97.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - KKM
Seramai 25,529,153 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 25,529,153 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,110,692 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.7 peratus atau 2,729,919 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,829,924 atau 89.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, sebanyak 168,716 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,246 dos pertama, 5,125 dos lengkap dan 159,345 dos penggalak.
Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,383,495 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,107,585.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#populasi dewasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan