awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 98.2 peratus kes hari ini libatkan kategori 1 dan 2

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
20/08/2021
12:03 MYT
COVID-19: 98.2 peratus kes hari ini libatkan kategori 1 dan 2
Sebanyak 23,133 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu mereka yang tidak mempunyai gejala dan mempunyai gejala ringan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara merekodkan kes harian tertinggi dengan pertambahan angka 23,564 pada Jumaat.
Menurut Kementerian Kesihatan, daripada 23,564 kes harian yang dilaporkan itu sebanyak 431 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3 (penyakit radang paru-paru), 4 (penyakit radang paru-paru dan memerlukan oksigen) dan 5 (kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan).
Manakala sebanyak 23,133 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu mereka yang tidak mempunyai gejala dan mempunyai gejala ringan.
“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan.
“Namun, ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
“Secara keseluruhan, 19,362 kes (82.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelas kementerian itu.
Status Terkini #COVID19, 20 Ogos 2021 Kes sembuh= 21,448 Jumlah kes sembuh= 1,241,894 Kes baharu positif= 23,564 (23 import) Jumlah positif= 1,513,024 Kes kematian= 233 Jumlah kes kematian= 13,713 Kes dirawat di ICU= 1,062 Bantuan alat pernafasan= 518 pic.twitter.com/qZOI3EOXTJ
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 20, 2021
Juga dilaporkan, daripada 233 kes kematian pada Jumaat, 101 kes daripadanya melibatkan kes kematian di Selangor, 31 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 23 kes di Johor, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 15 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Negeri Sembilan, sembilan kes di Kedah, empat kes di Terengganu, serta masing-masing tiga kes di Kelantan dan Pahang.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#jangkitan
#ICU
#alat pernafasan
#Kuala Lumpur
#Negeri Sembilan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan