awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: ACD diperluas ke dua kampung di Labuan

Bernama
Bernama
02/07/2021
10:14 MYT
COVID-19: ACD diperluas ke dua kampung di Labuan
Lebih 300 pemilik rumah diarahkan membuat ujian saringan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) bersama ahli keluarga mereka. -Gambar Bernama.
LABUAN: Operasi pengesanan kes aktif (ACD) besar-besaran diperluaskan ke dua kampung di sini iaitu Bebuloh Laut dan Bebuloh Darat bagi mengelakkan kemungkinan penularan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.
Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari yang mengetuai operasi itu seawal 7.30 pagi tadi berkata lebih 300 pemilik rumah diarahkan membuat ujian saringan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) bersama ahli keluarga mereka di balai raya kampung masing-masing.
Bercakap kepada Bernama, Dr Ismuni berkata mereka yang telah menjalani ujian akan dipakaikan gelang kuarantin dan akan ditanggalkan sebaik sahaja keputusan ujian mereka negatif.
"Walaupun sebilangan kecil penduduk enggan menjalani ujian tetapi kebanyakan mereka memberikan kerjasama yang baik," katanya.
Rabu lepas, operasi ACD secara besar-besaran dilakukan di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) di Kiamsam di sini secara dari rumah ke rumah menggunakan ujian RTK-Ag melibatkan kira-kira 5,000 penduduk di situ.
Labuan dikenakan kawalan pergerakan dan masih dikaitkan dengan lima kluster aktif iaitu Victoria Merdeka; Tembok Labuan; Patau-Patau; Simpang Sahari dan Simpang Sungai, dengan 131 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 8,429.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#Operasi pengesanan kes aktif
#ACD
#Dr Ismuni Bohari
#Pengarah Kesihatan Labuan
#COVID-19
#ujian saringan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan