Skip to main content

Malaysia

COVID-19: Angka kematian lepasi 3,000, ini 5 tumpuan kenyataan KP Kesihatan

81622721039_COVIDKEBUMI.jpg
81622721039_COVIDKEBUMI.jpg

Advertisement

PUTRAJAYA: Sebanyak 103 lagi kematian baharu akibat COVID-19 dicatatkan pada Khamis, menjadikan keseluruhan kes kematian kini melepasi angka 3,000.

Berikut merupakan lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. 

1. Sebanyak 103 kematian baharu dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 3,096 kes.

2. Sebanyak 8,209 kes baharu dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sedang dirawat sebanyak 83,331 kes

3. Seramai 880 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 446 daripada mereka perlukan bantuan pernafasan

4. Seramai 7,049 pesakit telah pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 508,947 kes atau 85.5 peratus.

5. Sebanyak 24 lagi kluster baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kluster aktif di seluruh negara sebanyak 683 kluster.

Must Watch Video

Advertisement