KUALA LUMPUR : Jumlah jangkitan baharu COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan berbanding semalam apabila 19,991 kes direkodkan hari ini. 

Angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara setakat ini ialah sebanyak 1,299,767. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal penularan kes harian tertinggi dengan sebanyak 7,338 kes diikuti Kuala Lumpur (2,374 kes) dan Kedah (1,830 kes). 

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 230,762 kes," katanya. 

Sementara itu, pertambahan kes kematian baharu adalah sebanyak 201 kes dengan angka kumulatifnya kini 11,162 kes. 

Sebanyak 1,096 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jumlah kes pulih terus merekodkan pertambahan sebanyak 16,258 dengan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini sebanyak 1,057,843 kes.