awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Beluran satu-satunya zon hijau di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
09/06/2021
15:55 MYT
COVID-19: Beluran satu-satunya zon hijau di Sabah
Jumlah kes positif COVID-19 di Sabah menunjukkan penurunan sebanyak 118 kes, daripada 350 kes semalam, kepada 232 kes hari ini. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
KOTA KINABALU: Daerah Beluran kini satu-satunya zon hijau COVID-19 di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata, Tongod yang sebelum ini zon hijau kini bertukar kepada zon kuning susulan pertambahan lima kes positif COVID-19 direkodkan di daerah itu.
"Pengurangan zon hijau serta perubahan angka (jangkitan COVID-19) bagi daerah bukan zon hijau memberi tanda terdapat kebarangkalian berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah menunjukkan penurunan sebanyak 118 kes, daripada 350 kes semalam, kepada 232 kes hari ini.
Bagaimanapun, tiga kes kematian telah direkodkan di Tawau, katanya.
"Penurunan yang agak ketara terjadi disebabkan berlakunya jangkitan kelompok yang besar dalam satu-satu masa, kemudiannya dikawal dan hanya menjangkiti kelompok tersebut tanpa sempat menyebar kepada komuniti," katanya.
Masidi yang merupakan jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata, terdapat dua kluster tempat kerja dikesan, iaitu Kluster Lot Sembilan dan Kluster Jalan Wisma.
Kluster Lot Sembilan yang melibatkan daerah Beaufort dan Kuala Penyu telah mencatatkan jumlah kumulatif 24 kes COVID-19, sementara Kluster Jalan Wisma yang dikesan di sini, mencatatkan tujuh kes kumulatif.
Sementara itu, Sabah kini membenarkan fasiliti di hospital kerajaan dan swasta seperti kedai runcit, kedai serbaneka dan kantin (bungkus sahaja) untuk beroperasi 24 jam berkuat kuasa serta merta.
Topic Berkaitan
#Beluran
#zon hijau
#Sabah
#COVID-19
#Tongod
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan