KUALA LUMPUR: Meskipun pelaksanaan lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu mampu menurunkan kes COVID-19, ia bukan solusi mutlak sebaliknya dilihat sebagai tindakan ke belakang.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, PKP merupakan pilihan yang terpaksa dibuat sebelum vaksin ditemui dan kini, fokus perlu diletakkan pada aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
"Pada masa ini yang perlu ditumpukan ialah pematuhan SOP dan juga pemberian dos vaksin, termasuk vaksin penggalak dan juga vaksin kepada remaja dan kanak-kanak seperti yang baru diluluskan semalam.
"Semalam, kelulusan pendaftaran bersyarat telah diberikan bagi produk vaksin Pfizer (COMIRNATY) untuk kanak-kanak. Jadi buat masa ini, kena tumpu pada vaksinasi dan dalam masa yang sama pematuhan SOP," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Dr Malina juga menyuarakan kegusaran tentang dakwaan yang menyatakan ada individu yang membuat perjalanan mengerjakan umrah dengan menggunakan visa pelancong, dan mencadangkan agar ada penangguhan perjalanan bagi negara berisiko dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
"Saya ada mendapat makluman tentang ada pihak yang menggunakan visa pelancong untuk pergi umrah, ini tak sepatutnya terjadi. Jadi mungkin perlu ditangguhkan dahulu perjalanan ke negara-negara berisiko, bukan setakat melibatkan umrah semata-mata.
"Dengan ancaman varian Omicron, adalah lebih baik jika perjalanan ke luar negara ditangguhkan jika tidak perlu. Mereka yang sudah dimaklumkan tentang risikonya, seperti perjalanan mengerjakan umrah, perlu patuh.
"Pematuhan kuarantin wajib juga perlu, sehinggalah risiko sebenar Omicron diketahui,"
Tambahnya, biarpun setakat ini Omicron dilihat memberi kesan yang ringan berbanding varian sebelum ini, ia bukan alasan untuk tidak mengambil serius ancamannya.
"Lain orang, lain risikonya. Kita tidak boleh kata Omicron ini tidak bahaya kerana kesannya berbeza bagi setiap individu, apatah lagi warga emas dan golongan dengan komorbiditi," katanya lagi.
Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, negara perlu bertindak balas dengan kaedah yang berkesan tetapi tidak keterlaluan.
"Saya dan Tan Sri (Dr Noor Hisham Abdullah) memang elak itu (lockdown). Sudah tentu kalau kita laksanakan lockdown, kita boleh kes sifar, kita menang. Tapi apa guna? Penduduk terkesan dengan masalah kesihatan mental dan negara berdepan dengan ketidakstabilan ekonomi," katanya.
Madiha Abdullah
Fri Jan 07 2022
PKP merupakan pilihan yang terpaksa dibuat sebelum vaksin ditemui dan kini, fokus perlu diletakkan pada aspek pematuhan SOP dan vaksinasi. - Gambar fail
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.