NATIONAL
COVID-19: Hampir 14,000 kes baharu belum divaksin, 98 peratus kes kategori 1,2

Daripada keseluruhan 17,105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 13,990 kes tidak mempunyai sejarah vaksinasi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lebih 98 peratus kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini berada dalam kategori 1 tidak bergejala dan kategori 2 bergejala ringan.
Daripada keseluruhan 17,105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 13,990 kes tidak mempunyai sejarah vaksinasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 8,268 kes merupakan kategori 1, manakala 8,520 kes adalah kategori 2.
Bagi kategori 3, iaitu kes COVID-19 yang mengalami radang paru-paru pula adalah 135 kes, manakala kes kategori 4 iaitu individu yang mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen adalah 85 kes.Kes kategori 5 iaitu individu yang kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan adalah 97 kes.
Hari ini, jangkitan baharu COVID-19 negara ini kembali kepada lebih 17,000 apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan itu sekali gus menjadikan kes kumulatif COVID-19 dalam negara ketika ini adalah 1,163,291.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami