awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hishammuddin dibenar keluar hospital petang ini

Bernama
Bernama
25/02/2022
10:46 MYT
COVID-19: Hishammuddin dibenar keluar hospital petang ini
Menurut Hishammuddin, beliau masih diwajibkan terus jalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan bagi rawatan dan pemantauan selepas disahkan positif COVID-19, dibenarkan keluar dari hospital itu petang ini.
Beliau yang dijangkiti COVID-19 Isnin lepas, dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas itu.
Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini berkata hasil penilaian mendapati gejala yang dialami beliau telah pulih dan pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatannya.
"Saya dibenarkan keluar wad petang ini. Namun saya masih diwajibkan terus jalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan HAT Tuanku Mizan yang telah menjaga dan merawat dengan sebaik mungkin sepanjang saya menjalani isolasi di hospital ini. Saya juga hargai rakan-rakan serta rakyat Malaysia yang prihatin dan mendoakan kesembuhan saya," katanya.
Alhamdulillah, hasil penilaian, gejala yang saya alami telah pulih dan pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatan saya. Susulan itu, saya dibenarkan keluar wad petang ini. Namun saya masih diwajibkan terus jalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan @KKMPutrajaya.
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) February 25, 2022
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#positif COVD-19
#Hospital Angkatan Tentera HAT Tuanku Mizan
#isolasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan