KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia catat penurunan untuk hari ketiga berturut-turut.

Pada Ahad, ia susut ke 1.15 berbanding 1.18 pada hari sebelumnya.

Tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Terengganu catat kadar tertinggi dengan 1.27, diikuti Putrajaya, Kedah, Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

Enam negeri lain catat kadar antara 1.15 ke 1.10.

Sarawak dan Labuan catat kadar di bawah 1.0, sementara Perlis rekodkan lima kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan adalah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.