awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Keadaan kembali meruncing, Dr Noor Hisham ingatkan semua patuh SOP

Bernama
Bernama
01/05/2021
11:40 MYT
COVID-19: Keadaan kembali meruncing, Dr Noor Hisham ingatkan semua patuh SOP
Kata Dr Noor Hisham, orang ramai perlu kembali kepada amalan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang dengan jarak yang dekat (close conversation). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan keadaan penularan COVID-19 di negara ini kembali meruncing dan memerlukan setiap individu untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).
Menerusi hantaran di laman Twitternya beliau berkata orang ramai perlu kembali kepada amalan 3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang dengan jarak yang dekat (close conversation).
"Manakala amalan 3W - kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam (wear) dan peringatan KKM (warn) seperti elak bersalaman dan rawatan segera jika bergejala," katanya.
More importantly is to get the figures down and we hope everyone can comply to the SOPs; Avoid 3Cs and Practice 3Ws. Compliance and rollout of vaccination is the key to break the transmission. Otherwise Please stay at home & stay safe
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 1, 2021
Dr Noor Hisham menerusi ciapan berasingan memaklumkan kes positif baharu COVID-19 hari ini mencatatkan 2,881 kes berbanding 3,788 kes semalam.
Katanya Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 759 kes diikuti Sarawak (445) dan Kelantan (442). Perlis pula menjadi negeri tunggal tanpa jangkitan hari ini, apabila mencatatkan sifar kes baharu COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#pelitup muka
#SOP
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan