awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan meningkat 9 peratus

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2022
03:59 MYT
COVID-19: Kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan meningkat 9 peratus
Pengisian katil fasiliti COVID-19, merangkumi katil bukan kritikal, meningkat sebanyak dua peratus sementara pengisian katil ICU meningkat sebanyak tiga peratus pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2022. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan, termasuk hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), bagi setiap 100,000 penduduk, meningkat sebanyak sembilan peratus.
Peningkatan itu dicatat pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-28 tahun 2022 berbanding ME 27/2022, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau menjelaskan lanjut, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat sebanyak 33 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.
Ia termasuk pesakit kategori satu dan dua yang meningkat sebanyak 33 peratus manakala pesakit kategori tiga, empat, dan lima, yang meningkat 33 peratus.
Sementara itu, pengisian katil fasiliti COVID-19 berbanding ME27/2022, merangkumi katil bukan kritikal, meningkat sebanyak dua peratus.
Manakala, pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) meningkat sebanyak tiga peratus dan katil PKRC kekal tiada perubahan.
Sementara itu, bilangan kes sembuh pada ME28/2022 meningkat sebanyak 16.8 peratus dengan bilangan kes baharu juga meningkat sebanyak 23/4 peratus.
Pada masa sama, bilangan kes kematian juga menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus.
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 28/2022 adalah 38,110 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 18.6 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara turut menunjukkan peningkatan.
Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 23.1 peratus sementara bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 41.3 peratus.
Pada masa sama, bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital meningkat sebanyak 18.2 peratus.
Justeru, Dr Noor Hisham menasihatkan pesakit positif COVID-19 Kategori 2A ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau dengan gejala yang semakin teruk, agar hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC.
Bagi individu yang belum menerima vaksin COVID-19, mereka dinasihatkan segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan