awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kepatuhan rakyat Kelantan terhadap SOP semakin terhakis - CPO

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
15/01/2021
09:54 MYT
COVID-19: Kepatuhan rakyat Kelantan terhadap SOP semakin terhakis - CPO
Shafien berkata kebanyakan rakyat di negeri itu seolah-olah alpa dengan pandemik yang sedang melanda.
PASIR PUTEH:Tahap kepatuhan sebahagian besar rakyat Kelantan terhadap amalan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengurangkan risiko penularan COVID-19 semakin terhakis, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.
Beliau berkata, kebanyakan rakyat di negeri itu seolah-olah alpa dengan pandemik yang sedang melanda yang menyaksikan semua daerah di Kelantan dikategorikan sebagai zon merah.
Malah, keadaan itu memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok sehingga 26 Januari.
"Kalau kita tengok kenapa Kelantan ini cepat merebak (COVID-19) dalam tempoh terdekat... kerana budaya ziarah-menziarahi, kenduri kahwin... masih ada bersalaman dan berpelukan...
"Sepatutnya budaya ini dihentikan (untuk sementara) kita letak tangan di dada (menggantikan bersalaman)... kita tak tahu (siapa yang sudah dijangkiti).
"Nasihat kita... boleh jumpa tapi jangan bersentuhan, patuhi SOP... (malangnya) ada sesetengah rakyat kita bawa mask (pelitup muka) tapi letak dalam poket (tak pakai)," katanya di sini, hari ini.
BACA: PKP di seluruh Kelantan bermula esok hingga 26 Januari
BACA: PKP di Kelantan, Sibu: Ini perkara penting Mesyuarat Khas MKN hari ini
Shafien berkata demikian selepas meninjau sekatan jalan raya di Bukit Yong, Pasir Puteh, sempadan Kelantan-Terengganu.
Dalam pada itu, beliau berkata, bagi tempoh semalam dan hari ini, sejumlah 71 kompaun telah dikeluarkan ke atas mereka yang melanggar SOP termasuk tidak memakai pelitup muka.
PKP di seluruh Kelantan bermula 16 hingga 26 Jan 2021
Katanya sejumlah 50 kenderaan diarah berpatah balik pada 13 Januari dan 34 buah semalam, dengan jumlah kenderaan yang memasuki Kelantan sebanyak 1,552 buah pada 13 Januari manakala 3,315 direkodkan semalam.
Beliau berkata, laluan tikus di sempadan Terengganu dan Kelantan serta Jeli-Gerik turut diawasi dengan ketat oleh pihaknya.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#zon merah
#PKP
#kepatuhan
#SOP
#norma baharu
#terhakis
#Ketua Polis Kelantan
#Shafien Mamat
#rakyat kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan